![]() |
![]() |
![]() |
Kedudukan Hospital Pekan yang baru adalah didalam Daerah Pekan dan sejauh 2km dari bandar Pekan, 53km dari Kuantan, 184km dari Temerloh dan 330km dari Kuala Lumpur. Keluasan Hospital Pekan adalah 20 ekar dan mempunyai 110 katil Pesakit.
Penyerahan Hospital Pekan diantara Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah pada 27 Mac 2007, Hospital Pekan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mei 2007 . Kos pembinaan adalah sebanyak RM 90.7 juta dan perasmian pecah tanah tapak Hospital Pekan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada 5 April 2001 . Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Pekan yang lama, yang kini beroperasi sebagai Jabatan Pesakit Luar, Klinik Pergigian dan PKD Pekan.

























